Wednesday, March 4, 2009

Sabar : Syarat Menang . vol 2

Khabbab Al Arat adalah seorang sahabat yang telah mengalami penderitaan kerana mempertahan Iman dan Islamnya . Belakangnya meninggalkan parut yang sangat hodoh akibat dikelar dan disalai jasadnya di atas bara api oleh kuffar Quraisy .

Suatu hari , Khabbab bertemu Nabi saw sedang Baginda beristerehat dibawah bayangan kaabah . Lantas Khabbab sebagai seorang pejuang yang sekian lama di seksa dan memahami betapa getirnya berdepan dengan kuffar Quraisy segera bertanya kepada Nabi saw :

Apakah Tuan tidak memohon kepada Allah swt agar memberi kemenangan kepada kita ? Adakah Tuan tidak berdoa bagi pihak kita ?

Pertanyaan ringkas ini seperti membangkitkan emosi Nabi saw lantas menegaskan betapa orang - orang terdahulu sebahagian mereka berjuang sehingga digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya . Bahkan sebahagian mereka disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap bersama Iman dan Islam.

Nabi saw menggambarkan betapa sakit dan seksanya orang - orang yang terdahulu dalam mempertahankan Islam . Biarpun sebesar mana mehnah dan ibtila' yang mereka hadapi , tidak menjadikan mereka berpaling dari perjuangan Islam yang suci ini .

Seterusnya Nabi saw meyakinkan Khabbab Rha. bahawa Demi Sesungguhnya Allah swt pasti akan menyempurnakan agama ini dengan lahirnya pejuang yang sanggup berkorban dan bergadai nyawa . Sehingga dunia menjadi aman dari sebarang ketakutan melainkan hanya takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha gagah lagi Maha Perkasa . Malangnya kamu terlalu gopoh !

Cubalah kita bayangkan , Insan sehebat Khabbab Al Arat pula telah berjaya melepasi ujian penderitaan serta penyiksaan yang dahsyat masih dianggap gopoh oleh Nabi saw. apabila bertanya apakah nabi saw , Apakah Baginda tidak memohon kejayaan atau kemenangan bagi pihak Islam dan ummatnya

Bagaimana kedudukan kita hari ini ? saban waktu asyik bertanya bila nak menang sedang kita belum menempuh ujian kelayakan untuk menggapai kemenangan yang pasti terlalu mahal harganya ?

Lebih malang sebahagian kita hanya leka bertanya bila nak menang , kenapa kita tidak menang lagi dan sebagainya tetapi dia sendiri berpeluh tubuh tanpa mengerah tenaga untuk merencana sebuah kemenangan . hanya mampu mengkritik hasil kerja orang lain tetapi tidak menginsafi kelemahan diri untuk diperbaiki .

Tuesday, February 24, 2009

Sabar : Syarat Menang .


عن أبي عبدِ اللهِ خَبَّابِ بْنِ اْلأرَتِّ رضي الله عنه قال ؛ شَكَوْنَا إلى رسولِ اللهِ صلى اللهُ عليه وسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ في ظِلِّ اْلكَعْبَةِ ؛ فقُلْنَا أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا ؟ ألاَ تَدْعُوْ لنَا ؟ فقال ؛ قد كان مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فيُحْفَرُ له في الأرض فيُجْعَلُ فيها ثُم يُؤْتَى بالمِنْشَارِ فيُوْضِعُ على رأسِهِ فيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ و ُيمْشَطُ بأمْشاطِ اْلحَدِيْدِ ما دُوْنَ لَحْمِهِ و عَظْمِهِ ما يَصُدُّهُ ذلك عن دينه ؛ و اللهِ لَيُتِمَّنَّ اللهُ هذا الأمرَ حتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إلى حَضْرَ مَوْتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهََ وَ الذِّئْبَ على غَنَمِهِ وَ لكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ ؛

رواه البخاري و في رواية وهو مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً وَ قَدْ لَقِيْنَا مِنَ المشركينَ شِدَّةً

Terjemahan :

Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selindangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya .

Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh !

Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm .

dalam satu riwayat yang lain : Baginda baring [ isterehat ] berbantalkan selindangnya padahal kita sedang berhadapan dengan ancaman dahsyat dari golongan Musyrikin .

Syarah Hadis :

1. Rawi as Sahabi

Khabbab al Arat atau gelarannya Abu Abdillah adalah antara sahabat awal memeluk Islam dan telah menerima siksaan yang sangat berat .

Telah berkata Mujahid Rhm :

Mereka yang awal mengisytiharkan Islam ialah Rasulullah saw , Abu Bakar , Khabbab , Suhaib , Bilal , Ammar dan Ibu Ammar [ sumayyah ] . Sementara Rasulullah saw. dilindungi oleh Allah swt dengan menghadhirkan Abi Talib , Abu Bakar as Siddiq dilindungi oleh Allah swt dengan pertolongan kaumnya adapun yang lain mereka disiksa dengan pasung besi dan diuji kesabaran mereka dengan panas terik matahari . Mereka berjaya melepasi ujian tersebut dengan tahap kesungguhan dan kesabaran yang luar biasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.

Telah berkata Asy Sya'bi rhm :

Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini .

Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku .

Khabbab wafat di Kufah pada tahun 37 hijriah dalam usia 73 tahun dan beliau adalah sahabat yang paling awal dikebumikan di Kufah .

bersambung

Wednesday, February 18, 2009

As Sunnah Menurut Pandangan Ulama'



Secara ringkas kita bahagikan pandangan - pandangan ulama' berkait pengertian sunnah secara umum kepada beberapa kategori .


As Sunnah Menurut pandangan Ulama' Usul


As Sunnah adalah sumber perundangan Islam selain Kitab suci Al Quran dan ia adalah suatu yang datang dari Nabi Muhammad saw . Samaada perkataan , perbuatan atau diamnya [ taqrir ] Nabi saw terhadap sesuatu perkara , ia merupakan as Sunnah . Dalam pengertian yang serupa as Sunnah juga merupakan penunjuk cara dari Nabi saw untuk memahami agama Allah swt dan bagaimana untuk melaksanakannya .

As Sunnah menurut pandangan Ulama' al Hadis

Sedikit penambahan dalam pengertian as Sunnah menurut pandangan ulama' hadis sekira - kira suatu yang diktibarkan sebagai sunnah ialah apa yang disandarkan kepada Nabi saw samaada perkataan , perbuatan , diam , sifat atau sirah [ perjalanan hidupnya ] . Demikianlah sunnah menurut pandangan ulama' hadis yang mengandungi 5 jenis yang disebutkan tadi .

As Sunnah menurut pandangan Ulama' Feqah .
Sunnah dalam pengertian ulama' Feqah ialah suatu yang menjadi tuntutan syara' namun ianya bukanlah satu kemestian [ غير جازم ] untuk melakukankannya sekira - kira diberi pahala kepada pelakunya dan tidaklah berdosa kepada mereka yang meninggalkannya . Sebagai contoh puasa enam dibulan syawal selepas hari raya aidil fitri , ianya disebut sunnah bukan wajib .

Kesimpulannya :

As Sunnah di sisi ulama' usul adalah satu dalil daripada dalil - dalil Hukum Syara' . Sementara sunnah di sisi ulama' Feqah [ Fuqaha' ] ialah satu hukum daripada hukum - hukum syara' .

As Sunnah di satu sudut pandangan yang lain juga bermaksud syariat yang dibawa oleh nabi saw dan ia adalah suatu yang berlawanan dengan bida'ah [ amal yang direka - reka dalam perkara ibadah ] . Pengertian jelas kita lihat dalam satu hadis Nabi saw. yang diriwayatkan oleh Abu Dawud , Ibnu Majah dan Tarmizi dan katanya Hadis ini Hasan Sohih :

عن العرباض بن سارية يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم
أنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسني و سنة الخلفاء الراشدين من بعدي
عضوا عليها بالنواجذ و إياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

Maksudnya : dari Irbadh bin Sariah Nabi saw bersabda : Sesungguhnya sesiapa yang hidup [ panjang umur ] dikalangan kamu nescaya ia akan melihat berlakunya perselisihan [ konflik atau krisis ] yang dahsyat [ dikalangan ummat manusia ] maka diwajibkan keatas kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang datang selepasku . Genggamlah [ sunnah ] itu dengan geraham seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara yang diada - adakan . maka sesungguhnya setiap yang bida'ah [ perkara yang diada - adakan dalam ibadah ] adalah suatu kesesatan .

Monday, February 16, 2009

Pengertian As sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan [ As Sunnah ] jika dilihat dari sudut bahasanya memberi maksud [ Satu jalan yang diikuti . Samaada jalan itu jalan yang baik atau jalan yang jahat . Baik dan jahatnya itu dilihat kepada bagaimana perkataan [ As Sunnah ] itu digunakan .

Seperti contoh : Sabda Nabi saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam shohihnya , dari Jarir bin Abdullah :

من سن في الإسلام سنة حسنة فعمل بها كتب له مثل أجر من عمل بها و لا ينقص من أجورهم شئ و من سن في الإسلام سنة سيئة فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها و لا ينقص من أوزارهم شئ
Barang siapa yang telah melakukan suatu perkara ( atau melorongkan satu jalan ) di dalam Islam , sebagai perkara ( atau jalan ) kebaikan lalu diamalkannya ( oleh orang yang ditunjukkinya ) , nescaya ditetapkan baginya pahala seperti mana pahala orang yang mengamalkannya ( kebaikan tersebut ) dan tidaklah mengurangkan pahala mereka sedikit pun .
dan barangsiapa yang telah melakukan suatu perkara ( atau melorongkan satu jalan ) di dalam Islam , sebagai perkara ( atau jalan ) kejahatan lalu kejahatan itu dilakukan oleh orang lain nescaya ditetapkan ke atasnya dosa seperti dosa orang yang melakukannya dan tidak sedikitpun mengurangkan dosa mereka .

Kata Pengantar Nota Feqh As Sunnah

Kata Pengantar Laman
Nota Feqh As Sunnah

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang . Justeru Taufiq dan InayahNya , saya dengan segala kerendahan diri dapat membuka satu lagi medan atau laman pengajian Islam .

Laman ini akan memuatkan Nota Pengajian As Sunnah atau ilmu Hadis sebagai sumber rujuk kedua selepas Al Quranul Karim dalam memahami , melaksana dan menghayati syariat .

Pasti sahaja usaha kecil ini terdedah kepada segala kelemahan dan kekurangan , lantaran itu saya sangat mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari alim ulama' , Tok - tok Guru dan sahabat sepengajian atau seperguruan agar usaha ini menjadi usaha yang bermanafaat buat sekelian ummah .

Malah ia sebagai satu usaha yang sangat mendesak memandangkan kepada keadaan ummah yang kini terperangkap dalam bahaya kejahilan .

Selain daripada pengajian Sunnah ini boleh di dapati di kelas - kelas pengajian secara tradisional seperti masjid surau atau madrasah dan tidak ketinggalan juga pusat - pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara , saya sekali lagi mengambil langkah untuk menambah ruang ilmu dengan mewujudkan laman seperti ini .

Saya sangat mengharapkan ia sebahagian dari amal soleh yang akan memberi manafaat kepada diri saya , kedua - dua orang tua saya , guru - guru saya , isteri dan anak - anak , sahabat seperguruan dan seperjuangan dan seterus buat seluruh muslimin dan muslimat . Ameen Ya Rabbal A'lamin