Tuesday, February 24, 2009

Sabar : Syarat Menang .


عن أبي عبدِ اللهِ خَبَّابِ بْنِ اْلأرَتِّ رضي الله عنه قال ؛ شَكَوْنَا إلى رسولِ اللهِ صلى اللهُ عليه وسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ في ظِلِّ اْلكَعْبَةِ ؛ فقُلْنَا أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا ؟ ألاَ تَدْعُوْ لنَا ؟ فقال ؛ قد كان مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فيُحْفَرُ له في الأرض فيُجْعَلُ فيها ثُم يُؤْتَى بالمِنْشَارِ فيُوْضِعُ على رأسِهِ فيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ و ُيمْشَطُ بأمْشاطِ اْلحَدِيْدِ ما دُوْنَ لَحْمِهِ و عَظْمِهِ ما يَصُدُّهُ ذلك عن دينه ؛ و اللهِ لَيُتِمَّنَّ اللهُ هذا الأمرَ حتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إلى حَضْرَ مَوْتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهََ وَ الذِّئْبَ على غَنَمِهِ وَ لكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ ؛

رواه البخاري و في رواية وهو مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً وَ قَدْ لَقِيْنَا مِنَ المشركينَ شِدَّةً

Terjemahan :

Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selindangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya .

Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh !

Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm .

dalam satu riwayat yang lain : Baginda baring [ isterehat ] berbantalkan selindangnya padahal kita sedang berhadapan dengan ancaman dahsyat dari golongan Musyrikin .

Syarah Hadis :

1. Rawi as Sahabi

Khabbab al Arat atau gelarannya Abu Abdillah adalah antara sahabat awal memeluk Islam dan telah menerima siksaan yang sangat berat .

Telah berkata Mujahid Rhm :

Mereka yang awal mengisytiharkan Islam ialah Rasulullah saw , Abu Bakar , Khabbab , Suhaib , Bilal , Ammar dan Ibu Ammar [ sumayyah ] . Sementara Rasulullah saw. dilindungi oleh Allah swt dengan menghadhirkan Abi Talib , Abu Bakar as Siddiq dilindungi oleh Allah swt dengan pertolongan kaumnya adapun yang lain mereka disiksa dengan pasung besi dan diuji kesabaran mereka dengan panas terik matahari . Mereka berjaya melepasi ujian tersebut dengan tahap kesungguhan dan kesabaran yang luar biasa sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.

Telah berkata Asy Sya'bi rhm :

Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini .

Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku .

Khabbab wafat di Kufah pada tahun 37 hijriah dalam usia 73 tahun dan beliau adalah sahabat yang paling awal dikebumikan di Kufah .

bersambung

No comments:

Post a Comment